About Me

My photo
Seorang lelaki biasa, tak tinggi sangat, mudah buat kawan, dok kat area sempadan bachok dan kota bharu, suka makan ulam cicah budu, air kesukaan milo beng kure manis, kalau ada masa cuti aku suka raun-raun ke pantai tengok keindahe ale semulajadi dan cuci mata. TQ.

MRSM? Batch? Sekolah?

Monday, October 6, 2008

Prep Pada Hari Pertama MRSM PC

Salam, aku ingat lagi masa aku mula-mula masuk mrsm pc dulu, masa tu lepas cuti pjg, selepas exam PMR kat mrsm pasir tumboh. Aku pegi prep malam, aku duduk lah kat tepi sorang mamat spek. Dia ni aku tak tahu nama lagi masa tu, kalu aku tengok dia, dia senyum. Kalu dia tengok aku, aku senyum. Gitulah hari mula-mula prep. Tak kenal sapa-sapa lagi. Tapi bila dia tengok aku mula tersengguk-sengguk, dia pun bagi coklat kat aku. Tapi aku ni jenis memang mudah ngantuk kalu duk atas kerusi. Jadi malam tu, dah berapa bijik coklat dia bagi kat aku sampai haBIS PREP. Lepas tu, baru aku kenal, dia ni nama Kamil. Asal PeraK. Ok, maaf zahir batin ye kalu kau terbaca ni, tq. Dia ni memang power kalu bab melukis kartun. Tangan dia dah cair dgn watak-watak komik. Dia memang minat giler dgn pelukis Ayie. Sorang lagi kawan yang minat lukis kartun, Dian. Dia asal dari Kelate jah. Tapi hasil Karya dia ni lebih halus dan kemas. Jadi tok jogho pun dia jadi, siap joget-joget lagi atas pentas masa dia jadi tok jogho dikir barat ikut baso inggeris. Rasa-rasa gabungan Kelas J,K,L dan M kot. Jadi JUARA terus. Aku jadi awak-awak jah. Low profile katakan. Aku sertakan lagu sikit untuk jamu mata dan hilangkan tensen. TQ.

No comments: