About Me

My photo
Seorang lelaki biasa, tak tinggi sangat, mudah buat kawan, dok kat area sempadan bachok dan kota bharu, suka makan ulam cicah budu, air kesukaan milo beng kure manis, kalau ada masa cuti aku suka raun-raun ke pantai tengok keindahe ale semulajadi dan cuci mata. TQ.

MRSM? Batch? Sekolah?

Monday, October 6, 2008

Khemah Kat Gua Ikan

Salam, masa cuti sem kot, aku ikut lah rombongan kelab kembara dengan Cikgu Md.Noh, pegi camping kat gua ikan kat Dabong. Rasa seronok sebab dah lama tak gi camping. Ye lah, selama ni aku hanya camping dgn pengakap je dari sekolah rendah lagi. Jadi masa gi camping pun rasa terkongkong dan tertekan. Tak leh nak release tensen jugak. Jadi bila 1st time aku gi camping dengan kelab kembara, aku rasa bebas dan tenang. Masa nak gi tu, aku tak da beg galas, jadi aku pun pinjam lah beg dengan sain satu kelas, Kerol kot nama dia, ore ganu, aku tak tahu pulak dia pun nak gi camping jugak. Tapi aku heran, dia bagi jugak aku pinjam beg dia tu. Ore lain bertolak dari asrama mrsm pc ke stesen keretapi wakaf bharu naik bas maktab, tapi aku kelik rumah dulu tadi. Male tu, uje lebat, mujur pak sedara aku, pak da Mat sanggup antar aku ke stesen keretapi tu. Kesian kat Pak Sedara aku tu, tapi nak buat macam mana, aku dah tak da ayah dari form 1 lagi. Apa-apa nak mitak tolong, terpaksa mitak tolong dgn pak sedara aku. terima kasih banyak-banyak pak sedara semua. tq. tq. Masa sampai kat stesen dabong, dah nak pagi. Nyaman sungguh suasana rimba di pagi hari. Hari pertama, biasalah kena pasang khemah. Aku rasa-rasa nye satu khemah dgn Mesol, Jemi, Jeme, Usop, Zahir kelas J. Buat khemah kat bawah tebing tinggi. Ada masa hari panas sangat-sangat. Ada hari hujan lebat. Wa cakap lu. Sodap tido dale khemah basah-basah. Ada satu pagi, group khemah aku yang lewat sekali keluar khemah, jadi kena denda pumping 10 kali, tapi tak pe, buleh buat, depan pompuan punye pasal. Masa masuk dale gua ikan lagi menarik. Aku ni lah 1st time masuk gua yang ori. Ada stalaktit dan stalagmit kot ore panggil. Ada jugak laluan dale gua tu memerlukan peserta menyelam sebelum dapat ke sebelah dinding gua satu lagi. Rasa gedebar jugak. Masa kat tepi sungai, ada satu batang pokok tumbang. Jadi yang power berenang, pakat2 lah terjun tiruk lah, semesop lah, tiba-tiba cikgu Md.Noh pun terjun lipat gulung dengan pakaian lengkap dan kasut. Powerrrrr. Masa waktu pagi, masa jalan-jalan kat kawasan buit tu, nyaman sungguh udara, kalu buat videoklip puji-pujian nyanyian Raihan pun sedap. Ada kena smaye Jumaat masa camping ni, jadi lari lah sejauh 12 kilo kot untuk ke masjid Dabong. Tapi sesampai kat masjid, dek kerana letih hungga jauh, pakat2 tido lah pulak kat tangga masjid. Smaye zuhur jugak lah ari tu. Kalu nak beli bekalan makanan pun terpaksa pegi ke pekan dabong. Masa Hari last, adalah acara absaling dari tebing tinggi kat atas dinding gua. Cikgu suruh bagi peluang kat budak2 pompuan dulu turun. Jadi lama lah jugak menunggu semua habis. Alih-alih, bila time untuk budak jate, cikgu kata kensel, sebab takut terlepas keretapi pulak. kempunan aku nak absaling. Kena lari lah pulak ke stesen dabong. Khemah aku berjaya perabih semua bekalan makanan tanpa bazir apa-apa berkat kebisoan chef Azman Ismail. MAsa khemah ni, ada penyambung tali beg kerol hok aku pinje pecah, tapi aku tak ganti kot, aku mitak maaf banyak2. Kat atas keretapi, cikgu Md.Noh citer KATA ada sekali tu dia baru kelik dari camping, tak da pitis nak beli air atas keretapi, jadi dia kelebek2 beg duit dia, tup2, jatuh sekeping syiling singapore. So, dapatlah dia beli air. Kesimpulannya, jangan lah membazir bila lebih dan jimat bila takda. Semoga maap segala dosa-dosa ambo. Ni ada lagu sedap ni. TQ.

No comments: